Duduk jangan berkisar
Berdiri jangan berpaling
(apa yang dijanjikan janganlah dimungkiri)
Elok bahasa bagi bekal hidup
Elok budi bagi bekal mati
(kehalusan bahasa dan tingkah laku seseorang itu adalah untuk pujian manusia semasa hidup, tetapi budi pekerti dan amal soleh adalah untuk kenangan manusia setelah mati)
Kain penutup miang
Wang ringgit penutup malu
(seberapa boleh hindari dan tutuplah malu walau dengan wang ringgit sekalipun)
Tahu dek menengok
Pandai dek membuat
(kemahiran datangnya dari pengalaman)
Entry dikongsi dari buku : Kata-kata Bestari Kepimpinan; Arkib Negara Malaysia; Kuala Lumpur (1984)
Diingatkan sekali lagi..entry ini hanyalah dengan niat berkongsi ilmu..bukan palagiat dan sbgnya..