skip to main | skip to sidebar

Facebook Badge

Fadzlunsara Fajri

Create Your Badge

Facebook Badge

Fadzlunsara Fajri

Create Your Badge

About me

My Photo
eylunLulun
.:punctual:. .:baik hati:. .:sopan santun:. .:berpekerti mulia:. hehe..(",)
View my complete profile

blog Archivo

  • ▼ 2009 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (2)
    • ▼ October (4)
      • bahasa dan bangsa
      • adat dunia
      • 'garam dan ragi'
      • update da ni..
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (6)

teman tp m*@#a

  • jaScote bini en imran
  • moMMy al fariSSi
  • makCik zsazsa
  • aini budak rumah a2-10
  • ciFairyha
  • en lalann
  • azaddd
  • xajax
  • pai si mama wafito+zuhdito
  • ci Jual barang
  • yAntieaZan
  • saZaa S
  • en zafirr

eylun~Lulun

.:interest:..:passion:..:hope:.

bahasa dan bangsa

October 28, 2009

Dari mana dikenal bangsa

ialah dari rupa bahasa
dijunjung tinggi sepanjang masa
kerana ia bertimbang nusa

Dengan bahasa bangsa berjaya
dipandang tinggi serta mulia
jika kita mencuaikan dia
bangsa kita akan terpedaya

Oleh bahasa bangsa ternama
disegani orang tidak percuma
segala perkataan mahu saksama
bahasa yang baik kita utama.

Bahasa juga memegang kuasa
buat mencemarkan nama bangsa
jika kita buruk bahasa
akhirnya kelak kita tersia-sia

Bahasa boleh melemahkan pedang
menewaskan musuh yang masih gadang
bahasa pula bukan kepalang
patutlah kita menaruh pandang

Oh bahasa,
kamulah senjata
kepada kamu aku bercinta
dengan kamu aku meronta
buat menjaga bangsa dan nusa.

(by Muhammad Hassan Abdul Wahab ; 24 Ogos 1942)

Posted by eylunLulun at 4:41:00 PM  

adat dunia

October 26, 2009

Sudah biasa tuan

dalam kerja dapat cubaan
yang benci
selalu mencaci
tetapi, yang benar tetap kemuliaan
meski mulanya dapat kehinaan.

Memanglah nafsu tidak sunyi
dikuasai hasad di dunia ini
hilang budi
sebab dengki
kerana tak tahu apa erti
berbahas itu meninggi pekerti.

Dengarkan sahaja orang mencerca
hanya bayangan alam kaca
tak mengerti
apa erti
yang terang bagai cahaya
dalam bahasan yang jadi punca.

Memang juga sudah biasa
mengaku raja tahu bahasa
adat manusia
dalam dunia
apabila ditujukan jalan sentosa
disumpahnya engkau tak tau bahasa

Tetapi patutkah engkau putus asa
lupa Tuhan yang lagi kuasa
tak putus harapan
itulah kewajipan
tawakal bekerja selalu masa
hanya Illahi yang membalas jasa.

Dan manusia tetap hanya manusia
yang menjadikan dunia sia-sia
tidak dengki
sangat berbudi
ialah Tuhan yang kaya
yang bertempat di arah mulia.

(Ys. Darwis Amin ; 1939)

Posted by eylunLulun at 11:09:00 AM  

'garam dan ragi'

October 19, 2009

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah
SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan
datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar
yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak
nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?'

'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di
hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir.
Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa
begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual
agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah
murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di
malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis
cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi
lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu)
pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam
bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.
Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu
ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi
punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak
sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah
dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa
nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan
wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada
semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan
kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang,
bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam
menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita,
mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati.
Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi.
Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang
Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan
Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan
Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu,
tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan
Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao
..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY .
Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.
Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah
Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan
kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya
tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian ni?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian
yang nak datang ke Asia ni.. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam
sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang
asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu
tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan
identiti Islam. Hakikatnya, kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW
kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali
kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah
dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu
petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula
oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada
mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan
pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan
seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan
yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah
digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap
ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu
(Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian
nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi.
Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan
bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak
menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal,
menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan
agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi
yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat
Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu
nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu
Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim
Melayu sejati... 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti,
orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk
menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab
rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint
John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara
menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan
agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam
daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan
maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut,
atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari
fitnah besar ini. Kita kena peka. Ini semua
tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,
bingkisan ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau
apa saja.. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang
mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam
sebelum terlambat.

Posted by eylunLulun at 9:12:00 AM  

update da ni..

October 16, 2009

Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Have a unique character like salt
its presence is not felt but its
absence makes things tasteless.

Posted by eylunLulun at 9:52:00 AM  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Top Blogger Templates

Work under CC License.

Creative Commons License