skip to main | skip to sidebar

Facebook Badge

Fadzlunsara Fajri

Create Your Badge

Facebook Badge

Fadzlunsara Fajri

Create Your Badge

About me

My Photo
eylunLulun
.:punctual:. .:baik hati:. .:sopan santun:. .:berpekerti mulia:. hehe..(",)
View my complete profile

blog Archivo

  • ▼ 2009 (15)
    • ▼ December (1)
      • mari belajar "Pepatah Adat Melayu" (2)
    • ► November (2)
      • mari belajar "Pepatah Adat Melayu" (1)
      • think twice
    • ► October (4)
      • bahasa dan bangsa
      • adat dunia
      • 'garam dan ragi'
      • update da ni..
    • ► April (1)
      • kenangan: cikgu-cikgu sekolah
    • ► March (1)
      • sPa ikAn
    • ► February (6)
      • keHiduPan
      • pErubaHan
      • Jason Mraz(i'm yours)Well you done done me and you...
      • jason mraz ~i'm yours
      • 2nd step..
      • beginning..

teman tp m*@#a

  • jaScote bini en imran
  • moMMy al fariSSi
  • makCik zsazsa
  • aini budak rumah a2-10
  • ciFairyha
  • en lalann
  • azaddd
  • xajax
  • pai si mama wafito+zuhdito
  • ci Jual barang
  • yAntieaZan
  • saZaa S
  • en zafirr

eylun~Lulun

.:interest:..:passion:..:hope:.

mari belajar "Pepatah Adat Melayu" (2)

December 29, 2009



Duduk jangan berkisar
Berdiri jangan berpaling
(apa yang dijanjikan janganlah dimungkiri)

Elok bahasa bagi bekal hidup
Elok budi bagi bekal mati
(kehalusan bahasa dan tingkah laku seseorang itu adalah untuk pujian manusia semasa hidup, tetapi budi pekerti dan amal soleh adalah untuk kenangan manusia setelah mati)

Kain penutup miang
Wang ringgit penutup malu
(seberapa boleh hindari dan tutuplah malu walau dengan wang ringgit sekalipun)

Tahu dek menengok
Pandai dek membuat
(kemahiran datangnya dari pengalaman)



Entry dikongsi dari buku : Kata-kata Bestari Kepimpinan; Arkib Negara Malaysia; Kuala Lumpur (1984)
Diingatkan sekali lagi..entry ini hanyalah dengan niat berkongsi ilmu..bukan palagiat dan sbgnya..


Posted by eylunLulun at 12:19:00 PM  

mari belajar "Pepatah Adat Melayu" (1)

November 05, 2009



Beralih kain di balik rumah
Beralih kata di balik lidah
(tidak menepati janji)

Berolak kerana tak dalam
Bergoncang kerana tak penuh
(seseorang yang cetek ilmu selalunya bercakap banyak)

Dah bulat baru digolekkan
Dah pipih baru dilayangkan
(Keputusan yang diambil setelah persetujuan sebulat suara)


*cukup belajar 3 pepatah adat melayu ini. pembelajaran akan disambung pada entry2 yang akan datang..

*entry ini telah diambil dari senaskah buku yang saya kagumi..bukan untuk 'palagiat' tetapi niat berkongsi ilmu..untuk menjana pemikiran..berfikir di luar kotak pemikiran kita sejenak..senaman minda yang paling baik!


Posted by eylunLulun at 9:24:00 AM  

think twice

November 04, 2009



ajarlah dengan Teladan
belajarlah dengan Amalan

teach by Showing
learn by Doing

(Reader's Digest ; Oct 1983, ms. 97)

Posted by eylunLulun at 8:56:00 AM  

bahasa dan bangsa

October 28, 2009

Dari mana dikenal bangsa

ialah dari rupa bahasa
dijunjung tinggi sepanjang masa
kerana ia bertimbang nusa

Dengan bahasa bangsa berjaya
dipandang tinggi serta mulia
jika kita mencuaikan dia
bangsa kita akan terpedaya

Oleh bahasa bangsa ternama
disegani orang tidak percuma
segala perkataan mahu saksama
bahasa yang baik kita utama.

Bahasa juga memegang kuasa
buat mencemarkan nama bangsa
jika kita buruk bahasa
akhirnya kelak kita tersia-sia

Bahasa boleh melemahkan pedang
menewaskan musuh yang masih gadang
bahasa pula bukan kepalang
patutlah kita menaruh pandang

Oh bahasa,
kamulah senjata
kepada kamu aku bercinta
dengan kamu aku meronta
buat menjaga bangsa dan nusa.

(by Muhammad Hassan Abdul Wahab ; 24 Ogos 1942)

Posted by eylunLulun at 4:41:00 PM  

adat dunia

October 26, 2009

Sudah biasa tuan

dalam kerja dapat cubaan
yang benci
selalu mencaci
tetapi, yang benar tetap kemuliaan
meski mulanya dapat kehinaan.

Memanglah nafsu tidak sunyi
dikuasai hasad di dunia ini
hilang budi
sebab dengki
kerana tak tahu apa erti
berbahas itu meninggi pekerti.

Dengarkan sahaja orang mencerca
hanya bayangan alam kaca
tak mengerti
apa erti
yang terang bagai cahaya
dalam bahasan yang jadi punca.

Memang juga sudah biasa
mengaku raja tahu bahasa
adat manusia
dalam dunia
apabila ditujukan jalan sentosa
disumpahnya engkau tak tau bahasa

Tetapi patutkah engkau putus asa
lupa Tuhan yang lagi kuasa
tak putus harapan
itulah kewajipan
tawakal bekerja selalu masa
hanya Illahi yang membalas jasa.

Dan manusia tetap hanya manusia
yang menjadikan dunia sia-sia
tidak dengki
sangat berbudi
ialah Tuhan yang kaya
yang bertempat di arah mulia.

(Ys. Darwis Amin ; 1939)

Posted by eylunLulun at 11:09:00 AM  

'garam dan ragi'

October 19, 2009

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah
SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan
datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar
yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak
nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?'

'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di
hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir.
Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa
begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual
agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah
murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di
malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis
cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi
lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu)
pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam
bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.
Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu
ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi
punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak
sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah
dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa
nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan
wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada
semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan
kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang,
bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam
menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita,
mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati.
Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi.
Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang
Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan
Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan
Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu,
tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan
Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao
..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY .
Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.
Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah
Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan
kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya
tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian ni?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian
yang nak datang ke Asia ni.. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam
sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang
asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu
tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan
identiti Islam. Hakikatnya, kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW
kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali
kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah
dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu
petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula
oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada
mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan
pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan
seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan
yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah
digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap
ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu
(Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian
nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi.
Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan
bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak
menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal,
menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan
agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi
yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat
Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu
nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu
Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim
Melayu sejati... 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti,
orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk
menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab
rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint
John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara
menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan
agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam
daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan
maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut,
atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari
fitnah besar ini. Kita kena peka. Ini semua
tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,
bingkisan ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau
apa saja.. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang
mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam
sebelum terlambat.

Posted by eylunLulun at 9:12:00 AM  

update da ni..

October 16, 2009

Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Have a unique character like salt
its presence is not felt but its
absence makes things tasteless.

Posted by eylunLulun at 9:52:00 AM  

kenangan: cikgu-cikgu sekolah

April 09, 2009

salam ukhwah

lame tak bukak blog sendiri
busy byk skarang..hujung-hujung sem ni kn
alhamdulillah..da lepas viva
tapi de writing correction sane sini

pepon ari ni aku takmo cite pasal tesis aku
penat da nk bygkn pon

so kali ni aku nk tunjuk gamba cikgu2 sek aku:

aku pon tak tau nape tibe2 aku terindu lak kat skolah..ustaz-ustazah..
mungkin sbb aku da nak abes blaja..abs master ni..
aku rase cam terhutang ilmu ngan diorg

ok la. enjoy the pic
kirenye gambar berevolusi sejak dr sek di buka sehingga tahun 2007......

1994/1995


1999


2003


2004


2005


2006


2007


gambar 2007 ni pelik sikit..pehal ntah nak background padang pasir..
walaupon ramai ustaz ustazah yg ngaja aku da pindah dr sekolah..most of them..
tapi aku tgk2 ade la 2-3 kerat lagi yg masih ade..yg penting ustazah khadijah masih ade..garang dan best!!


ok..len kali aku post lagi

Posted by eylunLulun at 7:01:00 PM  

sPa ikAn

March 02, 2009

assalamualaikum
salam ukhwah!!

ari ni first time g wat rawatan kaki..katenye spa walopon rupe tempat tu xde langsung ciri2 spa.. act slalu lalu dpn kedai tu..tapi tak penah berminat nak jengah pe sebenarnye spa kaki ni.. tapi yesterday..aku busan2.make aku pon layan la bace blog penyampai hot fm..mase kat blog leya, die cite pasal spa ikan ni..so aku pon tertarik..maka aku pon dgn semangatnye terus nak mencube..lepas buka ala kadar (nasi ayam+tahu bakar+nescafe) dan smayg magrib, aku terus menuju ke bpMall dgn di temani kak huda dan aini (housemate)..depa berdua pon teracun lalu same2 try rawatan kaki ikan..ntah ape nama officialnye..xprasan plak mase kat kedai tadi..

firsttime tu memang ggggeeellliii gile..bukan geli tgk ikan..tapi amat terase geli bile ikan-ikanan menggigit2 kaki..rupenye aku ni baru prasan yang aku ni penggeli di kaki..maka asyik la aku tak dpt nk menahan tawa..bile tang ikan asyik membahan sisa2 kulit mati di kaki, de jugak ikan yg nakal menarik2 bulu2 roma di kaki..

utk sape2 yg blom cube..bek korg try..tambah pengalaman..kaki pon sihat..

enjoy2 la tgk pic ikan-ikanan membahan kaki aku...


syoknye ikan-ikanan ni menjamu selera


ikan-ikanan yg pelahap..mcm anak piranha..kalo
tgk mulut diorg memang ngeri...

saje rapat2kn kaki ngan kak huda..kirenye mcm
hidangan buffet la utk ikan-ikanan tu..bleh pilih nk
kaki aku ke kaki kak huda..hahahahaha

nmpk x byk gile ikan-ikanan berkenduri..


so..tu saje setakat ni..len mase aku post lagi!

Posted by eylunLulun at 11:34:00 PM  

keHiduPan

February 24, 2009

assalamualaikum
salam ukhwah!

andai Esok mentari Tidur
dunia Kelam tiada Libur
andai Esok mentari Tidur
hati Gusar tiada Penghibur
andai Esok mentari Tidur
pasti Hidup tidak Teratur

hari Cerah dunia Parah
hari Cerah hati Patah
hari Cerah hidup Resah
hari Cerah manusia Pasrah

tiada Kepuasan melayari hidup ini
hayat yang Panjang bagai satu hari
SEMALAM satu sejarah
ESOK sebuah misteri
tapi HARI INI satu lagi peluang diberi...


ni satu lagi cetusan pemikiran aku..aku pon tak pasti ni sajak ke..puisi ke..syair ke..pantun ke..
yang pasti aku pon tak peduli pe kategori genrenye..bahasanya..most important is the idea atau terjemahan daripada pendapat aku sendiri..aku fikir..dan aku harap sesape yang bace pon boleh same-same berfikir..

so..think!

len kali aku post lagi..(",)

Posted by eylunLulun at 6:42:00 PM  

pErubaHan

February 15, 2009

perginya parajurit ke medan perang
bukan untuk berdagang
perginya parajurit ke medan perang
bukan juga untuk bersenang lenang
tapi..perginya parajurit kemedan perang
demi berjuang menegakkan pedang

bukan seperti anak muda sekarang
bersengkang mata menunjukkan belang
megah menjatuhkan orang
riak dalam berhutang
tanpa mengira pagi dan petang

hidup bukan untuk kau seorang!
kebebasan untuk semua orang
bila maruah tak dijulang
bangsa asing kan riang menyerang

ayuh..sedarlah!
buka mata dan minda
hayati pengorbanan pahlawan dulu kala
MALAYSIA perlukan pendokong, penggerak..
bukan penglipur lara
bagi melihat Malaysia negara tercinta
menjadi sejarah..kemegahan dunia

assalamualaikum
salam ukhwah!

sajak ni aku buat mase blaja kat upm..time tu aku tgh study utk 2 paper exam esok harinya..ambil masa dalam 5 minit nak buat..dan menjadi kebiasaan..dalam masa aku tertekan..half part diri aku yg berseni akan melonjak-lonjak memberi idea gile..mcm mase time memula create blog ni jugak la..pastu sajak ni aku anta pertandingan reka sajak kat upm bersempena hari kemerdekaan..dan yg menjadikan cite lagi best..aku menang dpt no2..pertaruahan pertama aku menghantar sesuatu hasil pemikiran aku, berjaya dan ianya membakar semangat half part diri aku yg berseni untuk terus menconteng idea..

jumpe lagi len kali.. (",)

Posted by eylunLulun at 3:42:00 PM  

February 14, 2009

Jason Mraz
(i'm yours)

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
And now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love
Listen to the music of the moment maybe sing with me
I like peaceful melodys
It's your God-forsaken right to be loved love loved love love

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I'm saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment come and dance with me
I like one big family (2nd time: I like happy family)
It's your God-forsaken right to be loved love love love

I won't hesitate no more
Oh no more no more no more
It's your God-forsaken right to be loved, I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours, I'm yours

Posted by eylunLulun at 3:10:00 AM  

jason mraz ~i'm yours


Free Music

Free Music



Free Music

Posted by eylunLulun at 2:28:00 AM  

2nd step..

assalamualaikum
salam ukhwah!

spt yg aku janji pd post yg lepas..dis time aku nk cite serba sedikit pasal aku..pade membe2 yg penah sesame mengharungi suke duke bersame ngan aku..insyaAllah mereka da cukup kenal aku..
tapi..bagi mereka yg baru2 nk say 'hai'..ni la peluang nk tau serba detail pasal aku..

check it out!

mule dengan keluarga:

ank bongsu dr 4 org..tapi aku da survive duk sendri dan tak dimanjakan since dajah satu, balik sekolah, duk umah sorg2..tunggu abg or kakak balik dr skolah.
papa pencen pengurus felda..mama pencen kerani felda gak..
i) along (fadzil) kawen ngan kak diana dpt 4 org anak..(1) faiqa damia (2) faiq danish (3) faiq dhiyaulhaq (4) faiq darwish
ii) angah (fadli Dz) kawen ngan kak ina..blom ade rezeki dpt cahaya mata
iii) kak uda a.k.a. cucuk my only sista (fatahyadiana) kawen ngan uncle (zaidi) dan akhirnya dapat shlah (muhd khairul islah) <- dis baby, bagi sendri nama die sejak sblm die lahir..nmpk cam weird tapi ni lah kenyataan..my brother inlaw mimpi jumpe budak kecik..bgtau nama die..panggil my brother 'ayah'..then bile sedar..soknye die ajak kakak g check up..n tup2 my sister di ishtiharkan pregnant..mase berlalu..bile dekat2 nk due..dorg scan tgk baby boy..so tanpe banyak pk..diorg bedua bubuh nama mengikut mimpi..tapi after diorg pi check makne nama tu..n okla..makne nye baik..
iv) akulah ank bongsu..fadzlunsara aka 'lulun' (sedare mare panggil) aka 'eylun' (kwn2 skolah panggil) ..lahir 4 feb 1985 pada jam 4ptg (time doc baru nk duk ngeteh) ...jodohnya bakal ditentukan Allah.. hehe..

di ikuti dengan sejarah pendidikan (yg formal):

1) tadika dari umur 5 n 6 taun kat skolah tadika kemas felda keratong 5.. (kelas Nuri..nama cikgu Murni)
2)dajah satu jap (dlm sebulan kot) kat skolah keb lktp f kratong3..
3)then otw nk pindah johor smule..tukar skolah kejap dekat2 ngan umah tok abah kat skolh keb sinar bahagia (felda taib andak)~ dlm sebulan jugak kot..ni masih dajah satu ni
4) masih di dajah satu..bertukar lagi ke skolah keb ulu tiram aka skut..kat skolah ni lama sikit..
dajah 1~ 1 cempaka
dajah 2~ 2 cempaka
dajah 3~ 3 melur
dajah 4~ 4 mawar
dajah 5~ 5 mawar
5) blom tamat skolah rendah lagi..skali lagi aku pindah skolah.. dajah 6 (6 raya) kat skolah keb senai..
6) masuk tingkatan satu..merase sekejap dlm sebulan (+-) kat skolah STARP, kulai (duk kelas 1 rka2)
7) pastu masuk SMKA bandar penawar pada 4 feb 1998 (disahkan oleh suyek!).. 'skolah ku cemerlang,skolahku gemilang, disanjung warisan berzaman'..tepuk!!
tingktn 1 ~ 1 jannatul firdaus
tingktn 2 ~ 2 jannatul firdaus
tingktn 3 ~ 3 jannatul naim (turun kelas 'b'~ officially kene potong elaun skolah)
tingktn 4 ~ 4 al farabi
tingktn 5 ~ 5 ibn baitar (pon turun kelas)
~ 5 aflah (nek balik kelas lepas trial spm kalo tak silap)
8) abes spm..aku merase duk form 6 jap (lower 6 bio kelas D)..kat ssi kulai..pak anjang gpk kat situ time tu..duk ssi de la dlm 2-3 migu
9) sambung matrix kat JMC aka KMJ, tangkak..(kesian aku tak kluar lagi dr negri johor).. duk kuliah hayat 2 praktikum 16
10) buat bac degree in food science and technology kat upm..3 taun..dan akhirnye kluar dr negri johor..merantau menuntut ilmu..aku grad 2007
11) skang tgh menghabiskan semester last kat uthm (pulang smula ke negri johor)..aku wat master pendidikan teknikal (full time mode) ..kpt suh sambung dan diorg yg bayokn yuran..tugas aku..BLAJA!!


pengalaman idup 24 taun di bumi Allah masih belum cukup utk mematangkn aku dr segi pemikiran dan pandangan org2 tua..banyak perkara yg aku slalu pertikaikan..contohnye..knape kite slalu cakap " xpe2..tak nyusahkan pon"..tapi hakikatnye..hidup memang saling utk disusahkan..dan susahkan ni wujud menjadi tanggung jawab.. dan kalo kite asyik mempertikaikan sesuatu perkara..knape org slalu katakan kite mengungkit..sedangkan Islam menyuruh kite saling ingat-mengingatkan dan hakikatnye ianye adalah mengungkit perkara2 lepas utk difikirkan dan dicari kewarasannya..agar yg busuk tak berulang..yg hangit tak mendatang..

trust Allah!! semua kejadian ade bek n ade buruk..so slalulah berdoa moge Allah bersegera menunjukkan part yg bek dr setiap kejadian n moge yg buruk diampunkanNYA..

jumpe lagi nanti (",)

Posted by eylunLulun at 12:45:00 AM  

beginning..

February 11, 2009

assalamualaikum..

ari ni tergerak nk create blog..sebenarnye mlm ni sibuk menyiapkan assignment yg diberikan dr wahid..tapi oleh kerane tahap ketensenan dan kemalasan memenuhi jiwa..maka lahirla blog ni..

rasenye sume klasmate budak mbv seksyen satu tgh berhempas pulas nk setelkan OBE (curriculum development)..hurm..aku plak dok melibur..xpe2..sat lagi aku setelkan la..da siap pon SLO, PLO n PEO..cume tinggal wat performance indicator jek..penin2..

student life..papa slalu pesan..bior pecah kepala skarang..jgn lepas ni nyesal tak sudah..

len mlm aku tulis lagi..nk kenalkan diri plak lepas ni..

Posted by eylunLulun at 10:28:00 PM  

Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Top Blogger Templates

Work under CC License.

Creative Commons License